ARKIB

KATEGORI

Buletin

CIMB failkan ‘notis timbang-tara’ untuk hentikan sistem RFID PLUS

Views

CIMB Group Holdings, syarikat induk Touch ’n Go telah dilapor memfailkan ‘notis timbang-tara’ kepada pihak PLUS untuk menghalang PLUS Malaysia Bhd daripada melancarkan sistem pembayaran tol PLUS RFID mereka yang tersendiri. Notis yang bertarikh 17 Disember 2018 itu telah dimuat naik ke laman sesawang Bursa Malaysia semalam.

Ia dikeluarkan kerana PLUS dikatakan perjanjian usahasama dengan pihak CIMB untuk melancarkan sistem PLUS RFID tersendiri. Pada Mei 1998, CIMB, CIMB SI 1 dan PLUS telah memeterai kerjasama berkaitan Touch ’n Go. Dengan pengenalan sistem PLUS RFID tersendiri, PLUS dikatakan telah melanggar perjanjian berkenaan.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Pihak CIMB dan CIMB SI 1 antara lain sedang mendapatkan perintah ‘injunksi’ bagi menghalang PLUS daripada terlibat lebih lanjut bagi melaksanakan sistem RFID mereka sendiri yang disertakan sekali dengan kerugian, faedah dan kos. PLUS RFID bakal memulakan tempoh percubaan pada 15 Disember 2018 ini di empat lokasi iaitu plaza tol jambatan P. Pinang, Kubang Semang dan Lunas (di Lebuhraya Butterwoth-Kulim) dan plaza tol Jitra di Kedah.

Apa yang membezakan antara sistem RFID PLUS berbanding sistem Touch ‘n Go yang telah memulakan tempoh percubaannya pada awal September lalu adalah dari segi kaedah pembayaran. Touch ‘n Go menggunakan aplikasi eDompet yang boleh ditambah jumlah nilainya berbanding dengan RFID PLUS yang menggunakan sistem pembayaran terbuka, menerusi kad debit atau kredit pengguna. Dengan pemfailan notis terbaharu ini, ia tidak dapat diketahui sama ada PLUS RFID akan dilancarkan kepada umum ataupun tidak.

JOM BACA >> INTIP : Tun Dr. Mahathir naik Geely Bo Rui ziarah jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin – Bayangan model pengganti Perdana?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply