ARKIB

KATEGORI

Buletin

AMG Office Chair – Kerusi pejabat ‘bangsawan’, harga RM15,833

Berita Global

Views

Ini berita gembira buat para peminat tegar jenama Mercedes-AMG! Jenama tiga huruf itu secara rasminya memperkenalkan produk terbaharu mereka, iaitu kerusi pejabat yang dikenali sebagai AMG Office Chair.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kerusi pejabat ‘bangsawan’ buatan Jerman ini dijual pada harga €3,500 (RM15,833) seunit dan anda boleh membeli sehingga seratus (100) unit menerusi pautan laman sesawang ini jika memerlukan jumlah yang banyak. Harga tersebut termasuk VAT dan kos penghantaran.

AMG Office Chair didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu hitam dengan kombinasi jejalur dan jahitan bebenang merah. Ia dilengkapi dengan tapak keluli dengan cat saduran-serbuk (powder-coated) berwarna hitam, kastor krom dan pelaras ketinggian.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Pemilik juga boleh melaras penyandar belakang seperti kerusi kenderaan asal, tetapi ia perlu dilakukan secara manual. Kerusi ini turut menampilkan perehat tangan berlapik boleh laras yang boleh diputar 30 darjah ke dalam.

Kerusi tulen AMG Performance ini didatangkan terus dari kilang pengeluaran kenderaan dan menampilkan kemasan upholsteri, Artico dan Dinamica berkualiti tinggi. Harga kerusi ini sebenarnya jauh lebih murah daripada kerusi pejabat keluaran Ferrari pada 2017 yang berharga £8,500 (RM45,654) sepasang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply