ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mini Concept Aceman papar bahasa reka bentuk baharu

Berita Global

Views

Jenama ikonik Mini, memperkenakan model crossover elektrik Concept Aceman yang memaparkan falsafah reka bentuk model keluarannya pada masa hadapan.

Versi pengeluaran model ini akan tiba kemudian dan bakal mengisi lompong di antara Cooper dan Countryman. Buat masa ini tiada informasi mengenai perincian mekanikal mengenai Aceman, cuma jenama itu hanya menumpukan kepada reka bentuk kenderaan dan juga teknologinya.

Model konsep menampilkan kombinasi dwitona unik, warna badan Icy Sunglow Green manakala bumbungnya pula dicat dengan warna British Racing Green metalik.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Buat julung kalinya Aceman menampilkan bahasa reka bentuk baharu Mini yang dikenali sebagai “Charismatic Simplicity“. Matlamatnya adalah untuk menggabungkan minimalism dan kelestarian.

Model crossover EV masih lagi menggunakan konsep rekaan klasik dua-kotak dengan rodanya berada pada sudut yang ekstrem bagi meminimumkan panjang overhang depan dan belakang.

Dari segi dimensi, Aceman berukuran 4.05 meter panjang dan 1.99 meter lebar. Sebagai perbandingan, model semasa Mini Countryman mempunyai ukuran dimensi 4.31 meter panjang dan 2.0 meter lebar.

Wajah baharu Aceman merupakan evolusi kepada rekaan terkini Mini. Memandangkan ia sebuah EV, tiada keperluan untuk meletakkan jeriji besar bagi menyejukkan enjin. Pada bahagian atasnya mempunyai pencahayaan LED yang memaparkan reka bentuk ‘Union Jack’.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Bentuk lampu Aceman lebih bersegi, tidak seperti model Mini semasa manakala lampun siang LED melingkari keseluruhan lampu itu dengan mentol LED di bahagian dalam. Lapik badannya kini kelihatan lebih menonjol dan rel para bumbung berwarna gangsa dengan bentuk Union Jack menghiasi bahagian bumbung.

Aceman dilengkapi dengan rim bersaiz 20-inci dengan rekaan lima-jejari tebal yang membengkok ke dalam, sekali gus memberikan kesan visual yang cukup dramatik. Di belakang, ia dipasang dengan spoiler berwarna hitam dan grafik Union Jack turut dipaparkan pada jejalur lampu belakang.

Ruang kabinnya juga memperlihatkan konsep minimalis dengan permainan rona warna yang terang. Ia masih lagi membawa unsur reka bentuk kabin pada model semasa Mini, terutama sekali paparan berentuk bulat pada konsol tengah papan pemuka. Ia berfungsi sebagai unit kawalan dan juga paparan infohibur.

Apa yang menarik, ruang kabin Aceman langsung tidak menggunakan kemasan kulit. Permukaannya menggunakan rajutan, tekstil kitar semula dan sterengnya pula dibaluti velor hijau. Aceman bakal membuat debut umum semasa konvensyen permainan video Gamescom di Cologne, Jerman bermula 23 Ogos 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply