ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hunus pisau pada pemandu lori, pembuli jalanan dicekup

Tular

Views

Tindakan seorang pemandu lori dipercayai pembuli jalanan yang menghunus sebilah pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman membawa padah apabila ditangkap tengah malam tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, suspek berusia 40-an itu diberkas kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penangkapan itu susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 30-an kira-kira pukul 5.15 petang semalam.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, semasa kejadian lori dipandu mangsa telah dipintas dan ditahan sebuah lori lain yang dipandu suspek berkenaan.

“Suspek dikatakan telah turun dari lori dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘ You tak kenal lagi siapa aku, Kau tunggu aku cari kau’.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Berdasarkan siasatan mendapati motif kejadian lebih kepada pembuli jalan raya. Beliau menambah, semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal namun ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Vijaya menegaskan, pihaknya telah mendapat tempoh reman selama tiga hari terhadap suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan Jenayah

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 31 saat di laman aplikasi WhatsApp memaparkan aksi seorang lelaki mengacukan senjata dipercayai pisau terhadap pemandu lori yang berjaya dirakam pengguna jalan raya lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply