ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anak calarkan 10 buah kereta Audi di bilik pameran – Suami isteri kena bayar RM118,250

Berita Global

Views

Gara-gara gagal mengawal gerak-geri anak kecil berusia 3 tahun, sepasang suami isteri terpaksa membayar harga yang mahal kerana anak mereka telah mencalarkan 10 buah kereta Audi dengan batu kecil di sebuah bilik pameran di Guilin, China.

Antara kereta yang dicalarkan termasuklah model terbaharu Audi Q8. Kejadian dilaporkan berlaku pada 24 November lalu dan ibu bapa kanak-kanak tersebut terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 200,000 yuan (RM118,250) kepada pengedar kereta tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Menurut pengedar kereta tersebut, kereta yang rosak itu tidak boleh lagi dijual sebagai kereta baharu walaupun ia dicat semula. Oleh itu, kereta yang rosak hanya boleh dijual pada harga yang lebih rendah kerana peniaga boleh dituduh menipu sekiranya pembeli mengetahui perkara tersebut.

Disebabkan tidak dapat mencapai persetujuan, kedua-dua pihak membawa kes itu ke mahkamah untuk dibicarakan. Pada 3 Disember lalu, kedua-dua pihak memutuskan untuk menggugurkan kes tersebut dan pasangan itu membayar pampasan kepada peniaga sebanyak 70,000 yuan (RM41,375).

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Mahkamah turut menasihatkan pasangan tersebut supaya mengawasi anak mereka dan membantunya belajar bagaimana menghayati perkara-perkara di sekelilingnya dengan lebih baik. Insiden tersebut berlaku selang sehari sebelum satu kes yang sama berlaku di Jiangxi, di mana seorang lelaki berusia 22 tahun mencalarkan sebuah BMW bagi memaksa bapanya untuk menghadiahkannya sebuah kereta baharu.

Lelaki tersebut kemudiannya telah ditahan oleh pihak polis. Rakaman video kejadian tersebut tular di laman sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Weibo/Guilin News

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply