ARKIB

KATEGORI

Info

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan tawaran yang kini tular di media sosial – JPJ

Info

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya sebentar tadi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memaklumkan pihaknya mengambil berat mengenai isu tular #viralJPJ yang disebarkan melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

JPJ mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan yang menawarkan perkhidmatan “penukaran nama geran tanpa owner asal, buat lesen memandu original tanpa perlu test dan renew roadtax mati tanpa perlu Puspakom” yang kini tular di media sosial.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Selain itu, JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar hak milik kenderaan yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, ADALAH TIDAK SAH.

Pihak JPJ juga telah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini. Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.

Salurkan sebarang aduan anda menerusi pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply