ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Tweckbot kembali – Tawar pemeriksaan kenderaan percuma di Kota Kinabalu sempena Krismas dan Tahun Baharu

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu, Perodua Tweckbot bakal melakukan jelajah keselamatan jalan raya terakhirnya bagi tahun ini di Kota Kinabalu pada hujung minggu hadapan. Pasukan Tweckbot akan ‘berkampung’ di ITCC Mall, Penampang dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada 21hb dan 22hb Disember, bagi menawarkan pemeriksaan percuma ke atas kenderaan Perodua.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20 peratus yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal tiba, ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk bercuti serta melawat keluarga dan sahabat handai.

Oleh itu, keadaan kenderaan anda amatlah penting pada masa ini, lebih-lebih lagi di Malaysia Timur di mana jarak perjalanan adalah jauh. Tambah beliau, pasukan Tweckbot akan memeriksa kenderaan anda dan memberikan laporan keadaan secara percuma. Sementara menunggu, kakitangan mereka akan mempelawa anda untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Pemeriksaan kenderaan melebihi 50 poin tersebut merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik. Jelas Datuk Zainal, Tweckbot bertujuan untuk menekankan kepentingan memeriksa kenderaan secara berkala, melakukan servis di pusat servis Perodua yang sah serta hanya menggunakan produk dan alat ganti Perodua yang tulen.

Tambahnya lagi, program ini mewakili komitmen syarikat kepada para pelanggan yang dihargai untuk sentiasa menawarkan perkhidmatan dan mutu kerja yang terbaik bagi ketenangan minda mereka. Setakat ini, Perodua Tweckbot telah memeriksa lebih 8,000 kenderaan sejak pengenalannya pada 2011.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply