ARKIB

KATEGORI

Tular

Anggota polis trafik disaman, letak ‘kuda putih’ di parkir OKU

Tular

Views

Motosikal seorang anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, disaman selepas diletakkan di parkir kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Terdahulu tular satu video dan gambar menerusi aplikasi Twitter yang menunjukkan motosikal jenis Honda ST 1300, dikunci oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, sekitar jam 11.30 pagi Isnin lalu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, telah mengeluarkan saman terhadap anggota yang menunggang motosikal berkenaan.

Ujar beliau, Polis Daerah Petaling Jaya, telah mengesan satu gambar yang tular itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun @nanmanjoi8715 dalam akaun Twitter miliknya, sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi arah papan tanda jalan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya termasuk agensi penguat kuasa yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang.

Menerusi video dan gambar yang tular, anggota polis terbabit menunggu motosikalnya yang dikunci dibuka oleh seorang pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan.

Anggota polis trafik terbabit kemudian beredar selepas kunci motosikalnya dibuka. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @nanmanjoi8715

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply