ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu Saga LMST sejauh 4km tanpa lesen, pelajar Tingkatan Satu ditahan

Tular

Views

Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan bersama rakan sekolahnya selepas didapati memandu sebuah Proton Saga LMST di Jalan Rozhan, Machang Bubok di Bukit Mertajam pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kedua-dua pelajar itu ditahan pada jam 8 malam Rabu di hadapan Flat Taman Machang Bubok selepas polis mengesan satu klip video yang tular di aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, turut ditahan, ibu kepada pelajar sekolah yang memandu kenderaan berkenaan. Pada jam 3 petang semalam (Rabu), pihaknya mengesan satu klip video berdurasi 32 saat di Whatsapp yang memaparkan seorang remaja 13 tahun memandu sebuah kereta bersama rakannya.

Mereka telah ditahan oleh orang awam di lokasi berkenaan selepas memandu kira-kira 4 kilometer (km) dari rumahnya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Susulan daripada itu, polis berjaya menahan seorang pelajar Tingkatan Satu bersama ibunya yang berusia lewat 40-an dan rakan sekolahnya. Polis turut menyita kereta Proton Saga LMST tersebut untuk membantu siasatan.

Beliau menambah, polis masih mengesan dua lagi rakan remaja tersebut untuk melengkapkan siasatan. Maklumat yang diperolehi adalah, terdapat empat remaja di dalam kereta tersebut termasuk yang memandu. Dua sudah ditahan dan kita sedang mengesan dua remaja lagi.

Polis telah mengeluarkan saman ke atas remaja yang memandu kereta itu di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu tiada lesen memandu.

Ibu remaja tersebut yang juga pemilik kenderaan turut disaman di bawah Seksyen 39 ( 5 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Cheng San berkata, polis menasihati ibu bapa dan masyarakat supaya jangan cuai dan lalai dengan membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu atau menunggang kenderaan kerana ia bukan saja boleh membahayakan kanak-kanak itu sendiri malah membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Awal Mei lalu, dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menyelinap keluar dari rumahnya di Kampung Padang Mengkuang, Langkawi bersama adik lelakinya berusia tiga tahun lalu memandu Toyota Vios.

Ketika kejadian, bapa mereka sedang tidur manakala ibu kanak-kanak itu berada di dalam bilik air.

Kanak-kanak lelaki berkenaan telah memandu kereta tersebut sejauh kira-kira 2.5km sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berhampiran Kampung Titicawang. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply