Harian Metro melaporkan, seorang anggota polis trafik ditahan jam 12.30 pagi tadi kerana memandu secara melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima rakaman video berkaitan Perodua Axia yang dipandu secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru.
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
Menurut beliau, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan (JBS) kemudiannya mengesan dan menahan lelaki berusia 25 tahun itu. Katanya, lelaki itu yang juga anggota trafik JBS ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam.
Siasatan mendapati, ketika kejadian, anggota terbabit tidak bertugas selain memandu kenderaan persendirian. Tambah beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota serta pegawai yang melanggar undang-undang.
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
Menurut Ayob Khan, pihaknya juga akan memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan suspek akan dituduh di mahkamah. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45A APJ 1987.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 1 minit 36 saat di media sosial membabitkan Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus. Kereta itu dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu isyarat kecemasan dibuka. Kereta itu turut berhenti di tengah jalan sebelum membuat pusingan-U di laluan yang sama.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
KOMEN TERKINI