ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pra-tempahan kereta Honda kini boleh dibuat secara dalam talian – RM99 jer!

Berita Tempatan

Views

Kini anda boleh menempah kereta Honda idaman hanya di hujung jari menerusi Platform Pra-Tempahan Kereta Baharu Dalam Talian yang diumumkan oleh Honda Malaysia semalam. Pelanggan cuma perlu membayar yuran serendah RM99 dan ikuti empat langkah mudah di pautan ini serta menyemak status tempahan mereka sambil duduk di rumah.

Fungsi pra-tempahan ini telah ditambah ke alat beli-belah laman sesawang rasmi Honda Malaysia yang turut merangkumi kalkulator pinjaman, perbandingan model dan Honda Insurance Plus. Ia juga akan diperkenalkan menerusi aplikasi HondaTouch mulai awal tahun depan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata platfor pra-tempahan ini merupakan sebahagian daripada usaha Honda Malaysia bagi memudahkan para pelanggan untuk memiliki kereta Honda di era digital menerusi dalam talian. Prosesnya cukup mudah dan hanya memerlukan maklumat dari pelanggan dan yuran yang sangat minima.

Pelanggan yang berminat hanya perlu menekan butang ‘New Car Pre-Booking’ di seksyen alat beli-belah laman sesawang rasmi Honda Malaysia dan perlu mengikuti empat langkah mudah bermula dari memilih lokasi pengedar yang berhampiran. Kemudian, meraka perlu memasukkan maklumat diri dan memilih model yang diminati termasuk varian, warna serta aksesori.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Berikutnya, pelanggan akan dibekalkan dengan satu laman di mana mereka boleh melihat segala maklumat dan pilihan. Seterusnya, mereka boleh membuat pembayaran yuran pra-tempahan dengan hanya RM99. Akhir sekali, email pengesahan dengan segala maklumat termasuk butiran pengedar yang menerima pembayaran beserta dengan nombor rujukan akan dihantar.

Setelah menyerahkan butiran pra-tempahan, pelanggan akan dihubungi oleh Penasihat Jualan yang dilantik oleh pengedar terpilih dalam tempoh 72 jam. Selain itu, platform ini turut mempunyai ciri penjejak di mana pelanggan boleh memantau status pra-tempahan di laman ‘Track My Pre-Booking’.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman ‘New Car Pre-Booking’ di laman sesawang rasmi Honda Malaysia untuk membuat tempahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply