ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu lori Shopee maut tercampak dari jejambat

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang pemandu lori syarikat e-dagang Shopee maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya dan jatuh ke bawah dari jejambat setinggi tujuh meter dalam kemalangan di Kilometer 137 Lebuhraya Utara Selatan pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Shafiq Abd Razak, 33, dari Mengkuang Semarak di sini dalam perjalanan ke hub penghantaran barang di Pokok Sena sebelum melanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang konstabel polis.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, pemandu lori berkenaan dipercayai melanggar motosikal berkenaan hingga menyebabkan tayar kirinya pecah sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang jalan.

Tambahnya, akibat kejadian itu pemandu lori terbabit tercampak keluar dan terjatuh ke bawah jejambat, manakala penunggang motosikal, Roger Daniel James, 20, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut turut mengalami cedera parah di bahagian kepala selain patah kedua belah kakinya.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Siasatan awal mendapati kemungkinan motosikal yang ditunggang anggota polis itu berlanggar dengan kenderaan lain dahulu sebelum dilanggar lori terbabit berdasarkan kerosakan kedua-dua kenderaan iaitu di bahagian hadapan.

Shafee berkata, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan bagaimanapun pemandu lori disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala.

Tambah beliau lagi, tiada kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan dengan kawasan kemalangan dan setakat ini tiada saksi kejadian yang tampil membantu siasatan. Bagaimanapun siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply