ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anggota trafik parah dirempuh motosikal cuba lolos sekatan jalan raya

Berita Tempatan

Views

K! ONLINE melaporkan seorang anggota polis parah dilanggar seorang penunggang motosikal yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Silibin berhampiran simpang masuk ke Grand Silibin di Ipoh, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa, Koperal Mohd. Aizal Lazim, 36, dari Cawangan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh cedera di muka, kepala, tangan dan badan.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Menurut, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd. Rahman, kejadian berlaku ketika anggota terbabit yang bertugas sebagai ‘stopper’ sedang menahan kenderaan dalam SJR itu.

Katanya, sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 35 tahun dari arah Bulatan Silibin dengan laju telah mengabaikan SJR bagi tujuan meloloskan diri. Motosikal berkenaan telah merempuh anggota terbabit dari arah belakang dan menyebabkan mangsa melambung sebelum terjatuh dan terseret sejauh lebih kurang lima meter di atas jalan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Zakaria, pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa cedera di kepala, muka, tangan dan badan manakala suspek cedera ringan. Katanya, anggota terbabit dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Tambah beliau, semakan mendapati lesen memandu suspek yang turut dirawat di HRPB itu telah tamat pada 16 Februari tahun lalu manakala insurans dan cukai jalan motosikal itu pula tamat pada 16 Mac 2017. Suspek juga didapati mempunyai empat rekod lampau bersabit kes dadah dan satu kes membabitkan curi. Katanya lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut seksyen 44(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit K! ONLINE

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply