ARKIB

KATEGORI

Tular

Ini Honda Accord baharu untuk Exco Kedah ke?

Tular

Views
Deretan kereta 'H' untuk Exco Kedah?

Siang tadi tular satu video singkat berdurasi 13 saat di media sosial yang menunjukkan deretan kereta-kereta baharu jenis Honda Accord yang dikatakan dibeli oleh Kerajaan Negeri Kedah. Honda Accord baharu berwarna hitam itu diparkir di hadapan sebuah bangunan.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Menurut portal MalaysiaGazette, audio suara lelaki dalam video berkenaan adalah kepunyaan salah seorang daripada barisan exco kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Lelaki berkenaan mengakui kereta-kereta tersebut adalah milik exco kerajaan negeri setelah disoal oleh rakannya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Kesemua kereta itu juga mempunyai nombor pendaftaran ‘K’ yang mewakili negeri Kedah dengan pilihan nombor yang istimewa. Video itu telah dimuat naik ke akaun Facebook rasmi bekas Setiausaha Politik mantan Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Abu Bakar dalam status video itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak sepatutnya dilakukan tatkala rakyat negara ini sedang berdepan dengan tekanan ekonomi ekoran penukaran pandemik COVID-19. Apapun kita tunggu kenyataan rasmi kerajaan negeri berhubung video tular ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply