ARKIB

KATEGORI

Buletin

ANIH Berhad jangka pertambahan trafik lebih 50 peratus sempena sambutan Aidiladha

Berita Tempatan

Views

Jumlah trafik yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) untuk ke pantai timur dijangka melonjak lebih 50 peratus, antara Rabu (29 Julai), Khamis (30 Julai) hingga Ahad (2 Ogos) ini.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, jangkaan lonjakan trafik daripada purata trafik harian sekitar 156,000 itu berlaku berikutan orang ramai akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman susulan perjalanan merentas negeri dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Beliau juga memaklumkan, semua kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan di hentian sebelah di dua lebuh raya kendalian ANIH Berhad itu dibuka kepada pengguna dengan menerapkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi memastikan penjarakan sosial terus dipatuhi mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kata beliau, kemudahan R&R atau hentian sebelah akan ditutup sementara kepada pengguna sekiranya penuh bagi mengekalkan amalan penjarakan sosial. Justeru, jika perkara ini berlaku, pengguna dinasihatkan untuk
meneruskan perjalanan menuju kemudahan R&R atau hentian sebelah seterusnya.

Syarikat juga akan terus menjalankan kerja-kerja sanitasi dan pembersihan nyahkuman dan nyahcemar sebagai langkah tambahan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. Nik Fauzi turut mengingatkan orang ramai yang bakal merentas negeri supaya merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan ANIH Berhad di laman sosial media syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Selain itu, syarikat juga akan terus bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak berkuasa lain bagi memastikan Lebuhraya KLK dan LPT 1 berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk dilalui.

Syarikat turut menasihatkan pemandu kenderaan untuk sentiasa memastikan baki nilai kad Touch ‘n Go (TNG) sentiasa mencukupi kerana tiada urusan transaksi tambah nilai kad TNG di lorong tol, manakala Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di plaza tol pula hanya beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pengguna dinasihatkan supaya membuat tambah nilai terlebih dahulu sebelum memasuki lebuh raya dan di kiosk tambah nilai layan diri (SSK) yang terdapat di Hentian Sebelah Gombak (arah barat sahaja); R&R Genting Sempah; R&R Temerloh (arah timur atau barat) dan Plaza Tol Gambang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply