ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lapan lebuh raya di bawah Prolintas terima pengiktirafan antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS)

Berita Tempatan

Views

Lapan anak syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) telah berjaya memperoleh pensijilan antarabangsa ISO 37001: 2016 bagi Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dari SIRIM QAS, badan penilaian yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dan United Kingdom Accreditation Service baru-baru ini.

Pensijilan ini diperolehi menerusi penilaian yang ketat dan komprehensif mengenai dasar dan prosedur anti-rasuah kumpulan yang mana memperlihatkan Prolintas telah memenuhi keperluan standard yang telah ditetapkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, pihaknya telah berjaya menunjukkan standard yang tinggi dalam mencegah dan mengesan jenayah rasuah bagi mencapai sijil ISO 37001.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Kata beliau, pihaknya akan terus memperketatkan lagi semua aspek ABMS di seluruh kumpulan dan akan mengawasi segala perancangan dan pelaksanaan pada setiap operasi yang meliputi budaya etika, telus dan patuh. Penilaian berkala terhadap sebarang risiko rasuah dan usaha dalam projek serta hubungan perniagaan juga akan dilaksanakan.

Dengan pensijilan ini, ianya memberikan faedah dan meningkatkan keyakinan kepada pihak berkepentingan seperti pemegang saham dan rakan niaga yang berpotensi. Tambah beliau, pihaknya telah memastikan ABMS ini diaplikasikan di semua bidang kerja seperti kontrak, perolehan, sumber manusia dan lain-lain lagi.

Tambah beliau, pensijilan yang memfokuskan kepada inisiatif anti-rasuah dalam Penyediaan Operasi Lebuhraya, Pembangunan dan Pengurusan Projek Pembinaan Lebuhraya dan Perkhidmatan Korporat pastinya membantu Prolintas untuk membina struktur asas yang lebih sistematik terhadap inisiatif kawalan integriti kami dan seterusnya membantu sistem agar lebih teratur dan cekap.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Lapan pensijilan yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

  • Sistem Pengurusan Anti Rasuah bagi Penyediaan Operasi Lebuhraya – AKLEH, LKSA, SILK dan GCE.
  • Sistem Pengurusan Anti Rasuah bagi Penyediaan Pembangunan dan Pengurusan Projek Pembinaan Jalan Raya – SUKE dan DASH.
  • Sistem Pengurusan Anti Rasuah bagi Penyediaan Pengurusan Projek Pembinaan Jalan Raya – Turnpike Synergy Sdn. Bhd.
  • Sistem Pengurusan Anti Rasuah bagi Penyediaan Operasi Lebuhraya, Pembangunan dan Pengurusan Projek Pembinaan Jalan Raya dan Perkhidmatan Korporat – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd.

Piawaian ISO 37001: 2016 telah menepati syarat-syarat yang dinyatakan dalam Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan) dan Garis Panduan Prosedur yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2020. Piawaian ini adalah panduan untuk membantu organisasi untuk menubuhkan, melaksanakan, memelihara dan meningkatkan program anti-rasuah

Secara ringkasnya, ABMS menetapkan syarat dan memberikan panduan kepada Prolintas untuk merancang, melaksana, mengekal dan memperbaiki sistem pengurusan anti-rasuah, yang mana ianya membantu untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap jenayah rasuah bagi mematuhi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Akta 2009 (Akta 694) dan undang-undang serta peraturan anti-rasuah yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply