ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jambatan kedua Tanjung Lumpur dijangka siap September ini

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, projek pembinaan jambatan kedua merentasi Sungai Kuantan bagi menghubungkan bandar Kuantan ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur di Kuantan, dijangka siap pada 25 September ini. Projek melibatkan pembinaan laluan sepanjang 2.5 kilometer termasuk jambatan sepanjang 451 meter dengan harga kontrak semasa RM155.8 juta itu kini 93 peratus siap.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek yang dilaksanakan secara reka dan bina itu melibatkan pembinaan jalan empat lorong dari Jalan Tanjung Lumpur ke persimpangan Jalan Tanah Putih dan Jalan Pintasan Bukit Setongkol merangkumi 1.5 kilometer laluan baharu dan menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 0.5 kilometer.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Menurutnya, projek itu akan menjadi laluan tambahan kepada jambatan sedia ada yang menghubungkan bandar Kuantan ke Tanjung Lumpur. Jelas beliau, dengan adanya jambatan dan laluan baharu ini, ia akan mengurangkan kesesakan trafik di bandar Kuantan selain memendekkan jarak dan menjimatkan masa perjalanan kira-kira 15 hingga 30 minit dari arah Bandar Indera Mahkota, Gambang dan kawasan sekitarnya ke Tanjung Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir meninjau kemajuan dan kelancaran kerja projek tersebut di sini baru-baru ini. Fadillah berkata, melalui projek itu secara tidak langsung akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi yang besar khususnya kepada bandar Kuantan dan Pahang amnya.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Beliau berkata, projek yang dimulakan sejak 15 Ogos 2016 itu sepatutnya siap pada 14 Ogos tahun lalu namun ia dilanjutkan kepada 25 September ini atas beberapa faktor. Beliau turut yakin projek ini dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan jika tiada masalah lain yang timbul sebelum dibuka kepada umum.

Dalam pada itu katanya, kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM47 juta bagi membina jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting merentasi Jalan Kuantan-Gambang ke laluan baharu Tanjung Lumpur. Tambah beliau lagi, skop projek pembinaan projek ini akan dilaksanakan kontraktor sama Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) melalui perjanjian tambahan dan arahan kerja sudah dikeluarkan 15 Jun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply