ARKIB

KATEGORI

Buletin

ATM terima 50 ambulans domestik jenis Toyota Hiace

Berita Tempatan

Views

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima 50 buah ambulans bagi menaik taraf fasiliti perkhidmatan kesihatan miliknya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ambulans baharu jenis Toyota Hiace itu adalah sebahagian pelan tindakan untuk penggantian ambulans sedia ada.

Ujar beliau, perolehan ambulans baharu ini dibuat memandangkan keadaan ambulans sedia ada sudah uzur dan terlalu lama dan tidak sesuai untuk digunakan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tambahnya, penggantian ini akan meningkatkan lagi keupayaan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan terutamanya dalam proses penghantaran pesakit ke hospital ATM.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM, di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad berkata, perolehan kesemua ambulans itu dibuat ketika keperluan mendesak sewaktu pandemik COVID-19.

Sebahagian besar ambulans ATM digunakan untuk situasi kecemasan untuk menghantar pesakit COVID-19 ke hospital dan pusat kuaratin.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Sebenarnya jumlah ambulans yang diperlukan adalah 130 buah, perolehan 50 buah ambulans ini merupakan ‘kumpulan’ pertama, pihaknya akan membuat pesanan baharu apabila keadaan kewangan baik.

Beliau berkata, perolehan ambulans itu merupakan satu pelan jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan ATM dengan penyediaan aset dan kelengkapan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Selain itu, ia dapat memperkasakan aspek kebajikan warga kerja pertahanan dengan penyediaan fasiliti perubatan yang terbaik.

Kata beliau lagi, Kementerian Pertahanan sentiasa peka dengan keperluan warga ATM berdasarkan teras kebajikan yang telah digariskan dalam konteks menjaga kebajikan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply