ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sani Ferry bakal ‘pecah monopoli’ perkhidmatan feri ke Langkawi

Berita Tempatan

Views

Operator bas ekspres terbesar negara, Sani Express Sdn. Bhd. dijangka mampu memecahkan monopoli perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi dalam masa terdekat.

Perkara itu dipercayai boleh berlaku berikutan kesediaan syarikat itu menawarkan feri alternatif yang dijangka dapat beroperasi menjelang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023 dibuka mulai 23 Mei ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dalam satu hantaran di Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dikongsikan syarikat berkenaan, Sani Ferry Sdn. Bhd. berusaha keras menyiapkan dua feri iaitu SANI 1 dan SANI 2 bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang semasa acara besar negara ini berlangsung 23 hingga 27 Mei nanti.

Utusan Malaysia semalam melaporkan berita dari sumber industri yang meminta pihak kerajaan menghentikan monopoli pengangkutan awam air ke pulau tersebut berikutan langkah beberapa syarikat membentuk konsortium pada ketika ini menyebabkan timbul banyak rungutan penumpang selain mutu perkhidmatan tidak cekap.

Isu kelemahan feri itu turut dibangkitkan Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff yang menggesa kerajaan menamatkan monopoli feri dikawal konsortium.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Sani Ferry Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2016 yang menawarkan feri rekaan moden dengan setiap sebuah mampu mengisi kapasiti 250 penumpang dalam satu masa.

Langkah berkenaan bakal mengurangkan kesesakan dan masa penumpang menunggu di Jeti Kuala Perlis, Perlis yang akan sesak setiap kali program dwitahunan itu berlangsung.

LIMA edisi ke-16 itu dijangka menarik penyertaan 600 pempamer daripada 30 negara dengan sasaran pemeteraian kontrak bernilai RM8 bilion dan kehadiran 100,000 pengunjung. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Laut Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply