ARKIB

KATEGORI

Buletin

Axia rempuh belakang lori – 3 beradik maut, ibu parah

Berita Tempatan

Views

Tiga beradik maut sementara ibu mereka parah selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai petang tadi.

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, mereka yang maut merupakan kanak-kanak lelaki berusia empat, enam dan 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ibu mereka berusia lingkungan 30 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Axia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat beranak itu melanggar dua lori yang berada di lorong kecemasan. Kedua-dua lori berkenaan dikatakan telah bergesel dan dipindahkan ke bahagian tepi lebuh raya itu bagi mengelak kesesakan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati, keempat-empat beranak itu tersepit dalam kenderaan. Katanya, keadaan kereta yang remuk menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

Tambah beliau lagi, mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu kereta pula telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ipoh Firefighter

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply