ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton uji X70 1.5 TGDi ke tahap ekstrem di Pakistan

Berita Global

Views

Kita biasa lihat unit ujian model baharu Proton berceloreng menyusuri jalan dan juga lebuh raya di Malaysia. Acara dan lokasi ‘wajib’ dalam sesi ujian tersebut sudah semestinya ‘mendaki puncak Genting Highlands‘. Boleh dikatakan itulah yang paling ekstrem, memandangkan ia sesuai dengan cuaca dan bentuk muka bumi di negara ini.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Namun lain pula di Pakistan, di mana para jurutera Proton dan pengedarnya Al-Haj Automotive yang terpaksa menguji model SUV, X70 yang akan dilancarkan di sana secara maya pada 18 Disember nanti dalam keadaan lebih ekstrem.

Menerusi satu video yang dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Proton Pakistan, mereka telah menguji enjin 1.5 liter TGDi (Drive E) yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) pada model itu lebih 50,000 km. Kombinasi penjana tenaga ini mampu mencapai halaju maksimum 205 km/h.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Bukan itu sahaja, SUV itu telah dipaksa untuk memanjat kawasan pada altitud sehingga 3,118 meter dari aras laut, selain dikerah untuk meredah kawasan pergunungan bersalji dengan suhu serendah -10°C dan kawasan gurun yang tandus dengan suhu panas melampau sehingga 52°C.

Buat permulaan, X70 di Pakistan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Tanjung Malim dan ia akan mula dipasang secara tempatan (CKD) seawal bulan Jun 2021. Hanya dua varian akan ditawarkan, iaitu Executive AWD serta Premium 2WD dan ia turut didatangkan dengan jaminan selama 5-tahun/150,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply