ARKIB

KATEGORI

Buletin

AXL – Trak tugas berat tanpa pemandu pertama Scania, dijana oleh bahan bakar mesra alam

Berita Tempatan

Views
Introducing Scania AXL, a cabless autonomous concept truck

Scania telah membangunkan sebuah lagi mesin tanpa pemandu yang diberi nama AXL setelah pengenalan NXT Concept. Ia merupakan konsep untuk trak tugas berat tanpa pemandu dan yang menariknya jentera ini juga tiada ruang kabin. Ruang tersebut telah digantikan dengan modul hadapan pintar dan jentera ini mudah dikenali sebagai Scania kerana ia menampilkan sistem modular syarikat tersebut dalam reka bentuknya.

Tidak seperti kebanyakan konsep kenderaan tanpa pemandu, AXL tidak dijana oleh penjana tenaga elektrik tetapi ia dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman menggunakan bahan bakar bio yang boleh diperbaharui.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Menurut syarikat tersebut, ia merupakan contoh bagaimana teknologi tradisional dan baharu bergabung. Bercakap mengenai teknologi baharu, Scania AXL juga dilengkapi dengan kamera, radar, lidar dan penerima isyarat GPS.

Jentera ini amat sesuai untuk kegunaan di lombong dan tapak pembinaan tertutup kerana lokasi tersebut sangat terkawal. Di lombong, sistem logistik memberitahu kenderaan itu bagaimana ia harus beroperasi dan ia merupakan trak tugas berat tanpa pemandu pertama Scania yang direka untuk memenuhi pemintaan operasi di kawasan tersebut.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Scania mensasarkan untuk menjadi salah satu pengeluar trak pertama yang menawarkan trak tugas berat tanpa pemandu sepenuhnya yang membolehkan industri seperti ini untuk menyelaraskan keperluan pengangkutan mereka dan menjadikannya lebih mampan.

Ketua Penyelidikan dan Pembangunan di Scania Claes Erixon berkata, mereka sudah mempunyai trak tanpa pemandu yang sedang beroperasi. Walaubagaimanapun, setakat ini ia masih memerlukan bantuan pemandu keselamatan sekiranya perlu. Scania AXL tidak mempunayi ruang kabin dan ia mengubah permainan dengan ketara sekali.

Tambahnya lagi, pembangunan kenderaan tanpa pemandu telah mencapai kemajuan yang besar sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan adanya kenderaan konsep seperti Scania AXL, mereka telah menjadi pelopor dan akan terus belajar seberapa pantas yang mungkin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply