ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rangkaian pelincir baharu PETRONAS Syntium dengan °CoolTechTM diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) semalam telah memperkenalkan rangkaian minyak pelincir baharu PETRONAS Syntium dengan °CoolTechTM yang diformulasikan untuk melawan haba enjin berlebihan bagi prestasi dan kecekapan enjin yang lebih baik.

Ia terdiri daripada pelincir premium berkelikatan rendah PETRONAS Syntium 7000 Ultimate Series yang menampilkan PETRONAS Syntium 7000 Hybrid dengan °CoolTechTM, minyak pelincir pertama syarikat itu untuk enjin hibrid.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad dan Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran PETRONAS, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata rangkaian pelincir baharu ini diformulasikan berdasarkan pengalaman mereka bekerjasama dengan pasukan Formula Satu.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Teknologi °CoolTechTM telah dibangunkan untuk membantu menyejukkan bahagian enjin yang kritikal supaya mesin boleh berfungsi dengan cekap walaupun semasa tekanan. Pelincir terbaharu ini juga menepati spesifikasi API SN PLUS dan melindungi terhadap Pra-Pencucuhan Kelajuan Rendah (LSPI) untuk kenderaan yang dijana enjin turbo pancitan terus.

Antara pelincir lain yang termasuk dalam rangkaian baharu ini adalah PETRONAS Syntium 7000 0W-16 dengan °CoolTechTM, PETRONAS Syntium 7000 0W-20 dengan °CoolTechTM, PETRONAS Syntium 3000 5W-30 dan PETRONAS 800 5W-30 °CoolTechTM.

Ia telah dipertontonkan kepada media sempena kunjungan singkat pelumba pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, Lewis Hamilton ke Kuala Lumpur setelah selesai perlumbaan Grand Prix Singapura. Hadir sama dalam acara tersebut adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Lubricants International (PLI), Giuseppe D’Arrigo dan Ketua Pegawai Teknologi, Eric Holthusen.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Lewis Hamilton berkata, PETRONAS Syntium memainkan peranan penting dalam menyejukkan enjin jentera lumba sekaligus membantu mereka mencapai keputusan yang membanggakan di litar. PETRONAS Syntium dengan teknologi °CoolTechTM dipercayai oleh pelumba terpantas Formula Satu untuk menjukkan bahagian kritikal enjin bagi mengoptimakan prestasi enjin.

Ia terbukti dengan kejayaan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport yang merangkul kejuaraan Kategori Pengeluar FIA Formula OneTM selama lima tahun berturut-turut. Diformulasikan untuk pemanduan moden, PETRONAS Syntium dengan teknologi °CoolTechTM dibangunkan dengan rantaian minyak yang kukuh untuk bertahan terhadap haba yang merosakkan enjin yang berlebihan, mengoptimumkan kecekapan bahan bakar dan menjaga kedinginan enjin.

Rangkaian pelincir ini kini boleh didapati di lebih daripada 1000 outlet runcit dan 3,000 bengkel bebas di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply