ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bampar depan Myvi GR keluaran JW Bodykits Accessories kini boleh ditempah

Berita Tempatan

Views

Ingat lagi tak artikel kami sebelum ini mengenai projek kit badan kustom Myvi GR yang sedang dipersiapkan oleh syarikat pengeluar kit badan, JW Bodykits Accessories? Menerusi satu hantaran ringkas terkini di laman Facebook rasminya siang tadi, mereka telah mula membuka tempahan untuk bampar depan Myvi GR.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurut syarikat itu, bampar depan tersebut diperbuat dari bahan gentian dan dijangka siap serta boleh terus dihantar kepada pelanggan mereka menjelang akhir bulan ini. Projek bampar depan Myvi GR itu telah diilhamkan dari ‘rekaan digital’ dua pakar pemanipulasi foto yang juga sahabat kami, iaitu Theophilus Chin dan The Ajerul.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Buat masa ini, JW Bodykits Accessories hanya menghasilkan bampar depan sahaja dan harganya masih belum diumumkan. Pemilik Myvi generasi ketiga yang berminat dengan bampar depan Myvi GR boleh menghubungi mereka menerusi aplikasi WhatsApp di pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JW Bodykits Accessories

Myvi GR versi Theophilus Chin

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply