ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

The Ajerul beri gambaran awal Proton Iriz MC2 versi crossover

Gambaran Artis

Views

Rakan sekutu kami yang juga pakar dalam manipulasi foto, TheAjerul telah menggunakan kepakarannya untuk mengubahsuai foto secara digital untuk memberi gambaran awal model Proton Iriz MC2 versi crossover. Sebenarnya foto ini telah disiarkan di laman Facebook sejak bulan Oktober lalu, namun mungkin kami terlepas pandang mengenainya.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Dengan berpandukan beberapa siri foto intip yang berlegar di beberapa portal permotoran sebelum ini, Ajerul telah mengubah reka bentuk Iriz sedia ada dengan memasukkan beberapa elemen reka bentuk baharu yang kelihatan pada unit ujian tersebut, seperti jeriji gaya baharu yang mirip dengan model X50 serta rekaan banpar baharu dengan kemasan ala plat gelincir pada bahagian bawah.

Selain itu, Ajerul turut menambah pelapik pada lengkung tayar, skirt sisi, rel para bumbung dan juga rim aloi baharu yang seakan rim model konsep Iriz Active yang dipamerkan semasa Hari Terbuka “Alami Proton” pada tahun 2014. Kelihatan juga lega tanah model ini sedikit tinggi berbanding model semasa.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond telah mengesahkan yang Proton bakal memperkenalkan model Iriz MC2 termasuk versi crossover bersama model sedan Persona MC2. Kedua-dua model ini berserta versi crossover itu dijangka akan mula memasuki fasa pengeluaran sekitar penghujung suku pertama 2021.

Menurut jangkaan kami, ia mungkin bakal dilancarkan sekitar bulan Jun atau Julai tahun depan atau mungkin lebih awal. Setakat ini acap kali juga unit ujian berceloreng model ini berjaya dikesan oleh warganet. Apa yang pasti ia bakal menggunakan transmisi 4-kelajuan automatik pada model Saga yang akan menggantikan CVT.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TheAjerul

Foto intip Iriz MC2 versi crossover

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif