ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir : Petronas hantar skuad ROVR ke Temerloh

Berita Tempatan

Views

Selepas membantu memenuhi keperluan bekalan bahan api kepada mangsa banjir di Kuala Lipis, skuad Petronas ROVR telah digerakkan ke Temerloh pula berikutan banjir yang masih berterusan hingga menyebabkan semua stesen minyak di bandar tersebut ditutup kerana ditenggelami air.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurusi hantaran ringkas di laman Facebook rasmi PETRONAS Brands, trak ROVR yang lebih kecil telah dihantar bagi keperluan bekalan bahan api ke kawasan yang lebih sukar dicapai kepada pengguna dan juga jabatan penyelamat.

Trak ROVR akan ditempatkan di dua lokasi iaitu di Ibupejabat Bomba Temerloh dari jam 11 pagi hingga 3 petang (bergantung kepada situasi) serta di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HOSHAS) dari jam 4 petang hingga 7 petang.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Trak ini akan beroperasi di lokasi tersebut bermula dari 8 Januari sehingga 15 Januari 2021. Inisiatif ini merupakan komitmen Petronas dalam mengembangkan penyelesaian inovatif yang terbukti sangat penting pada masa-masa seperti ini.

Petronas berharap ini dapat membantu pengguna serta barisan hadapan negara untuk menerima bekalan bahan api yang diperlukan agar operasi menyelamat dapat dilaksanakan tanpa gangguan. Dalam masa yang sama Petronas turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus memastikan penduduk setempat berada dalam keadaan yang selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS Brands

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply