ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bank bakal tawarkan penjadualan semula pinjaman sewa beli

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu Perutusan Khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan khusus bagi mereka yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu akibat penularan wabak COVID-19.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank bergantung kepada situasi masing-masing. Bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji terjejas akibat COVID-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji. Kata beliau, bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa.

Selain itu, pinjaman sewa beli pula, pihak bank bersetuju untuk menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli. Sebagai contoh, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply