ARKIB

KATEGORI

Buletin

Van bawa duit kena serang hendap dan dibakar perompak

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, sebuah van milik sebuah syarikat keselamatan yang membawa sejumlah wang telah diserang hendap sekumpulan perompak. Tiga pengawal keselamatan yang menaiki kenderaan itu juga turut dibelasah oleh penjenayah tersebut.

Kumpulan perompak kemudian bertindak membakar van berkenaan sebelum melarikan beberapa guni dipercayai berisi wang berjumlah jutaan ringgit. Sumber berkata, kejadian dikesan berlaku sekitar jam 11 pagi semalam ketika van milik syarikat keselamatan itu sedang menjalankan tugas berhampiran Bandar Country Home, Rawang, Selangor.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Menurutnya, kumpulan suspek yang dipercayai mengekori van itu dikatakan menahan dan menyerang tiga pengawal keselamatan yang menaiki kenderaan berkenaan. Katanya, penjenayah kemudian memandu dan melarikan van keselamatan itu menuju ke Sungai Bakau di Rawang sebelum membakar van keselamatan itu.

Tambahnya, sebelum melarikan diri, suspek merampas bungkusan di dalam van serta barang peribadi milik semua pengawal keselamatan terbabit. Susulan kejadian itu, saksi yang melihat kejadian segera menghubungi pihak bomba dan penyelamat.

Pihak polis memaklumkan, satu jentera dari balai bomba dan penyelamat (BBP) Rawang bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran. Api bagaimanapun memusnahkan 80 peratus van keselamatan itu. Operasi memadamkan kebakaran itu tamat pada jam 12 tengah hari dan siasatan kes diambil alih oleh pihak polis,.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran van itu jam 11.10 pagi. Jelas beliau, sebaik tiba, mereka mendapati terdapat sebuah van milik syarikat keselamatan sedang terbakar.

Zaidi berkata, pihaknya mengambil masa beberapa minit untuk memadam kebakaran itu. Tambahnya, kebakaran itu menyebabkan van berkenaan terbakar sebanyak 80 peratus. Kes itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Rajan, 60-an, mendakwa kejadian berlaku berhampiran kilang membuat cerucuk. Rajan berkata, kilang itu ditutup operasi sementara semalam berikutan tidak cukup pekerja. Dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku apabila melihat banyak kereta peronda polis dan bomba di lokasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply