ARKIB

KATEGORI

Tular

Wajarkah Proton melupuskan kereta rali dan konsep mereka?

Tular

Views

Kami tertarik dengan penulisan saudara Suriya Sankaran menerusi akaun Facebooknya berhubung tajuk di atas. Beliau kini merupakan Ketua, Penyelesaian dan Pembangunan Pembelajaran di Pusat Latihan Petronas Dagangan Berhad dan pernah berkhidmat di Proton sebagai Pengurus dan Ketua Perniagaan Komersial Sukan Permotoran di Proton Motorsports.

Beliau memberikan respon terhadap satu artikel yang ditulis oleh rakan media kami di WapCar.my mengenai kewajaran bagi pihak Proton untuk melelong kereta rali dan konsep lama mereka di Pickles Asia Auctions, baru-baru ini.

Pertama sekali beliau mencadangkan kepada penulis artikel itu supaya melawat ke Muzium Warisan Honda di Tochigi, Jepun kerana beliau telah mengunjunginya sebanyak tiga kali. Model pertama motosikal Honda Cub 50 yang dihasilkan oleh Soichiro Honda, dipamerkan di pintu masuk utama bangunan empat tingkat tersebut. Kesemua warisan penglibatan Honda dalam sukan bermotor terpelihara di sana, baik motosikal dan mahupun kereta.

Anda boleh melihat motosikal lumba zaman tori dari era Isle of Man TT hingga ke jentera lumba legenda F1 Ayrton Senna yang dipamerkan dalam suasana yang cukup nyaman. Jika diperhatikan secara dekat pada pad hon motosikal Honda Cub 50, anda boleh melihat inskripsi pelik Boon Siew Honda di atasnya, yang disadur dengan krom.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Soichiro telah mendedikasikan ciptaan beliau untuk mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yang merupakan rakan karib yang sentiasa memberi dorongan kepadanya dan motosikal ini sudah pastinya mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Untuk makluman, kesemua jentera rali PERT yang anda lihat di Pickles Auction baru-baru ini, sebenarnya telah dibaikpulih bahagian dalamannya di fasiliti R3 pada tahun 2011. Ia telah digunakan sebagai kereta pameran Warisan Rali Proton di litar F1 Sepang, semasa Alister McRae membawa rakan media menaiki jentera Satria Neo S2000.

Model Iswara 4WD yang dipinjamkan dari PETRONAS Dagangan juga dijaga dengan baik di gudang yang berhawa dingin dan beliau juga melihat kereta lumba yang pernah dipandu oleh Allahyarham Hairol Azmi Buntat yang telah memenangi perlumbaan touring Afrika Selatan yang terpelihara dengan baik sejak 2001.

Namun R3 tidak mempunyai pilihan dengan memulangkan semula kesemua kereta yang dipinjamkan itu kepada EON dan PETRONAS selepas acara pada tahun 2011. Kemudian, DRB-Hicom mengambil alih Proton pada 2012 dan segala kekeliruan berlaku kerana kereta-kereta ini dijaga dengan baik.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Tambahnya, mungkin penulis juga harus melakukan lawatan ke Wolfsburg, Jerman dan berkunjung ke muzium automotif Volkswagen di sana. Pengeluar dari Jepun dan Eropah amat menghargai penyelidikan dan pembangunan mereka dari reka bentuk konsep dan pencapaian mereka dalam sukan permotoran. Ini juga bagi menilai dan menghargai inovasi kejuruteraan mereka selain menghormati ahli pasukan penyelidikan dan pembangunan.

Beliau tidak terkejut sekiranya Proton mengambil langkah drastik dengan membawa kesemua kenderaan ini kembali ke ibu pejabatnya, kerana ia telah menimbulkan banyak keraguan negatif daripada orang ramai. Kemudian, kenderaan-kenderaan ini akan kembali dihumban ke belakang kawasan kilang, di mana terdapat satu kedai yang boleh menyelamatkan semua bahagian logam berharga dari kenderaan warisan ini.

Ini membuatkan beliau berasa amat hiba apabila mengenangkan individu yang bertanggungjawab secara langsung dan terutama mereka yang berada di belakang tabir yang mencurahkan keringat serta menitiskan darah mereka untuk semua kejayaan kemenangan ini untuk Malaysia, segala pengorbanan mereka dihapuskan buat selama-lamanya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan mungkin satu-satunya negara yang boleh menulis semula sejarahnya bermula dari pengasas utama Melaka, kemudian era Hang Tuah dan mungkin tidak lama lagi kita akan mendengar kisah versi berbeza dari Flying Sikh, yang tidak pernah ada dalam buku sejarah kita beraksi di dalam sukan rali dengan membawa lencana kebanggaan negara kita, apatah lagi kemenangan dalam Siri Pengeluar WRC dan Juara Keseluruhan APRC beberapa kali dan juga Kejohanan Rali.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suriya Sankaran

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply