ARKIB

KATEGORI

Tular

Bapa sanggup ‘korek tabung’ bayar denda anak ingkar PKP

Tular

Views

Walaupun artikel kali ini mungkin tiada kaitan dengan automotif, kami ingin membawa satu kisah yang sangat menyentuh hati di kala seluruh rakyat Malaysia masih perlu akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seperti yang kita sedia maklum, bermula 8 April 2020, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan bayaran kompaun sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang didapati ingkar arahan PKP.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Hari ini tular satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook, Siti Rohaiza yang menerima bayaran kompaun pagi tadi dari seorang bapa yang sanggup ‘mengorek tabung‘ demi untuk membayar kompaun yang dikenakan pada anaknya yang berusia 18 tahun.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Siti Rohaiza yang merupakan salah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, hatinya terasa ‘tersentap’ apabila mendengar jawapan bapa itu yang terpaksa ‘korek tabung’ untuk membayar kompaun dengan RM1 dan duit syiling.

Pada masa yang sama dia turut menasihati anak-anak yang lain di luar sana, terutama yang masih bersekolah dan belum bekerja supaya duduk rumah, supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Kami harap kisah ini dapat memberi pengajaran buat semua.

Tolonglah jangan menyusahkan mak ayah, ingat senang ke mereka nak cari duit?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply