ARKIB

KATEGORI

Buletin

Edar dadah dalam bungkusan roti canai, lima individu ditahan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular di media sosial kes pengedaran dadah yang disorokkan dalam bungkusan roti canai. Menurut Sinar Harian, seramai lima individu termasuk dua wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam operasi di kawasan Petaling Jaya dan Setiawangsa.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Jelas Arifai, pihak polis telah menahan seorang suspek yang memesan bungkusan tersebut di Setiawangsa semalam. Katanya, tiada sebarang penemuan dadah bersamanya namun hasil ujian air kencing mendapati suspek yang merupakan pelajar kolej itu positif dadah.

Arifai berkata, pihaknya juga telah menangkap seorang lagi lelaki yang membekalkan bungkusan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Bangsar pada jam 12.30 tengah malam. Turut ditangkap seorang lelaki dipercayai rakannya yang bekerja sebagai pembantu kedai serta dua wanita yang berada dalam rumah tersebut.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tambah beliau, dalam serbuan ini, pihaknya merampas satu ketulan mampat dan beberapa peket dadah disyaki jenis ganja. Kelmarin, seorang pekerja penghantar makanan terkejut selepas bungkusan makanan yang dibawanya berisi peket dadah di Gombak.

Arifai berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu terbabit kira-kira jam 7 petang. Jelasnya, lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyatakan dia menerima pesanan melalui aplikasi tempahan daripada seorang individu di Tropicana Petaling Jaya untuk menghantar bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

Kata beliau lagi, semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati. Setelah dibuka didapati dalam bungkusan roti canai itu terdapat dua peket plastik lut sinar disyaki dadah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply