ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas ekspres langgar khemah SJR, seorang anggota polis cedera

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas khemah sekatan jalan raya (SJR) dilanggar bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 52.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, malam tadi.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika bas terbabit dari arah Larkin menuju ke Kuala Terengganu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, kejadian berlaku apabila ruang simpanan tayar simpanan sebelah kanan bas yang dipandu lelaki berusia 50 tahun itu tiba-tiba terbuka ketika melalui khemah SJR.

Pintu itu terkena khemah SJR yang berada di tengah jalan. Ketika kejadian terdapat anggota yang sedang bertugas di bawah khemah terbabit.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Akibat daripada pelanggaran itu, salah seorang anggota berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan dalaman bahagian belakang, akibat dihempap besi khemah SJR. Mangsa berusia 30 tahun dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketika kejadian bas terbabit membawa 26 penumpang, namun tiada kecederaan dilaporkan. Menurut Hussin, hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu bas terbabit negatif dadah.

Tambahnya, pemandu bas juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Suspek ditahan bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit アズール アシュラフ

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply