ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima daripada tujuh individu kes ‘bertumbuk tepi jalan’ rupanya positif dadah

Berita Tempatan

Views

Lima daripada tujuh individu termasuk tiga wanita, yang ditahan susulan pergaduhan dekat di Kubang Kerian kelmarin, dikesan positif dadah. Menurut Berita Harian, kesemua mereka ditahan polis dalam tangkapan berasingan pada petang semalam dan malam tadi.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata penahanan dibuat di sekitar Kota Bharu, manakala seorang lagi di Pasir Puteh. Katanya, semua yang ditahan berusia usia 19 hingga 46 tahun.

Ujian saringan mendapati lima daripada mereka termasuk tiga wanita, positif dadah jenis Benzo serta Amphetamine. Tambah beliau, dua daripada mereka pula memiliki rekod lampau bersabit dadah dan jenayah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Abdul Rahim berkata, turut disita dalam tangkapan itu adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang ada kaitan dengan kejadian pergaduhan yang tular sejak kelmarin.

Kelmarin, tular sebuah video berdurasi tiga minit 37 saat yang memaparkan kejadian pertengkaran mulut antara mangsa yang berusia 30 tahun dengan beberapa individu sebelum berlaku pergaduhan dan mangsa dibelasah. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian dan Inforoadblock

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply