ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bawa muatan ‘kereta polis lelong’ secara berbahaya, pemandu lori disaman

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori disaman RM300 oleh polis selepas video memaparkan lelaki terbabit membawa muatan kereta peronda polis yang disusun secara berbahaya tular di media sosial, baru-baru ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata polis mengesan video berdurasi kira-kira 58 saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter di media sosial pada 5 Februari lalu dan video asal kejadian kemudian dimuat naik seorang pemilik akaun Tik Tok.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Katanya, tarikh dan masa kejadian tidak dapat dipastikan, namun dipercayai dirakam dekat sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara.

Ekoran penularan video terbabit, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah Lalulintas 18 LN 166/59.

Hasil siasatan mendapati lapan kereta peronda polis dibawa oleh pemandu lori terbabit adalah hasil jualan lelong aset alih kerajaan di Ibu Pejabat Polis Seremban.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Wan Azharuddin berkata kenderaan terbabit dikumpulkan di kawasan industri di Seremban sebelum dibawa dengan menggunakan lori menuju ke Ipoh.

Kertas siasatan kes terbabit telah selesai di mana pemandu lori yang berumur 32 tahun telah dipanggil dan dirakam percakapan.

Satu saman telah dikeluarkan kepada pemandu lori terbabit di bawah Kaedah Lalulintas 18 LN 166/59 pada 11 Februari lalu.

Katanya lagi, hasil siasatan lanjut terhadap pemandu terbabit mendapati dia mempunyai enam rekod saman pelbagai kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply