ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ops Khas Cermin Gelap: JPJ Pulau Pinang sasar kenderaan persendirian

Berita Tempatan

Views

JPJ Pulau Pinang menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya baru-baru ini memaklumkan Unit Operasi mereka telah menjalankan Ops Khas Cermin Gelap terhadap kenderaan persendirian.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Operasi tersebut bertumpu di sekitar daerah Seberang Perai, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang pada minggu ini.

Penguatkuasaan ini memberi tumpuan kepada kenderaan persendirian yang menggunakan cermin gelap tanpa kebenaran dan memasang cermin gelap melebihi had kadar peraturan ketelusan cahaya (VLT).

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Mengikut peraturan semasa, kadar yang dibenarkan adalah 70 peratus ketelusan cahaya untuk cermin hadapan, manakala 50 peratus ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kiri dan kanan pemandu.

Menurut JPJ Pulau Pinang, pemandu dan pemilik kenderaan persendirian adalah dinasihatkan supaya mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap seperti yang dibenarkan bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan penguatkuasaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Pulau Pinang

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply