ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beam Mobility lancar hab gudang di Subang Jaya, mampu selenggara 30 e-skuter sehari

Berita Tempatan

Views

Bagi menampung perkembangannya di Malaysia, pengendali khidmat mikromobiliti yang terbesar di Asia Pasifik, Beam Mobility, telah melancarkan hab gudang miliknya di Subang Jaya, Selangor .

Gudang berkeluasan 8,000kps tersebut memenuhi keperluan operasi Beam di Selangor, bagi menjamin bekalan yang stabil bagi bateri-bateri bercas penuh serta penyelenggaraan perkakasan bagi kenderaannya.

Di samping itu, ia akan memainkan peranan yang penting dalam jaringan gudang sedia ada milik Beam, berfungsi sebagai hab pengedaran, baik pulih, dan ujian perkakasan yang utama di Malaysia.

Selain itu, ia turut menjadi hab utama bagi menerima penghantaran dari luar negara dan bagi penghantaran alat ganti ke gudang-gudang Beam yang lain di seluruh Malaysia.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Buat masa ini, Beam menjalankan operasi di bandar-bandar Malaysia yang termasuk Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan, serta Langkawi.

Beam ditunjangi oleh tenaga kakitangan sepenuh masanya yang meliputi juruteknik dan penyelia bagi mengoperasi gudang berkenaan. Pelancaran gudang ini juga dijangka dapat menambah peluang pekerjaan dalam ekonomi sambilan.

Menurut Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew, pembukaan gudang ini membuktikan komitmen Beam untuk terus melabur di Malaysia.

Tambah beliau, menerusi gudang ini, pihaknya dapat memiliki rantaian bekalan yang efisien bagi perkhidmatan Beam, di samping terus mencipta aneka peluang pekerjaan, khususnya dalam ekonomi sambilan negara.

Gudang baharu ini juga diunjurkan mampu menyelenggara purata 30 buah e-skuter Beam sehari. Ia akan memastikan e-skuter Beam sentiasa berada dalam kondisi yang baik dan selamat untuk digunakan.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Setiap e-skuter didatangkan bersama peranti penjejakan GPS IoT dan sebuah sistem khas untuk membolehkan Beam memantau kenderaan berkenaan, yang akan memberitahu pasukan Beam jika ia perlu dibawa pulang ke gudang tersebut untuk diselenggara.

Peranti IoT ini membolehkan Beam mengenal pasti e-skuter mana yang memerlukan perhatian, lokasinya, serta memberi keupayaan untuk menyahaktifkan ketersediaan e-skuter berkenaan melalui aplikasi Beam.

Gudang ini juga membuka peluang pekerjaan buat penduduk setempat sebagai Beam Rangers. Inisiatif ini juga menjadi sebahagian daripada penglibatan Beam dalam program eRezeki oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Fasiliti ini juga akan terus membantu Beam menunaikan komitmennya dari sudut ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus). Sekiranya ada komponen yang tidak diperlukan selepas dibaik pulih, ia akan dihantar kepada rakan kongsi untuk dikitar semula dengan selamat.

Beam merupakan pengendali yang memiliki perakuan Neutral Iklim sejak tahun 2019. Bagaimanapun, ia telah berjanji untuk mengangkat komitmennya terhadap bumi ke aras yang lebih tinggi dengan mencapai aspirasi Negatif Iklim menjelang tahun 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply