ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli tayar Michelin sepanjang promosi Tahun Baharu Cina dan dapatkan hadiah-hadiah eksklusif!

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Michelin Malaysia menawarkan para pelanggan hadiah-hadiah eksklusif menerusi promosi musim perayaan bagi menaik taraf pengalaman balik kampung masing-masing.

Bermula dari 15 Januari hingga 29 Februari 2024, mana-mana pelanggan yang membeli 2 unit tayar Michelin (18-inci dan ke atas) boleh membawa pulang Bantal Michelin yang cukup eksklusif.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli 4 unit tayar Michelin (15-inci hingga 17-inci) boleh membawa pulang Kad Hadiah Petronas Michelin yang bernilai sehingga RM30.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hadiah-hadiah ini boleh ditebus di outlet-outlet TYREPLUS dan Michelin yang terlibat semasa pembelian dibuat, dan stok adalah terhad!

Oleh yang demikian, anda perlu mengunjungi outlet TYREPLUS dan Michelin berhampiran sekarang untuk mendapatkannya!

Michelin Road Hazard Warranty Program turut ditawarkan yang meliputi pembelian baharu tayar Road Hazard Warranty Program sehingga 6 bulan, tidak kira sedan mahupun SUV.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ia merangkumi kebocoran tayar yang tidak disengajakan berserta kerosakan tayar yang berlaku semasa memandu di atas jalan raya terselenggara.

Tayar yang dibeli ini layak untuk dibaiki atau digantikan dengan tayar baharu secara percuma daripada mana-mana outlet TYREPLUS yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai promo Tahun Baharu Cina Michelin, layari https://www.michelin.com.my/auto/promotions dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Michelin Road Hazard Warranty Program, layari https://tyreplus.com.my/roadhazardprogram.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply