ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bergaduh di lampu isyarat – Dua individu ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menahan dua individu termasuk pemandu teksi berusia 71 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di persimpangan lampu isyarat di Lebuhraya Sprint Damansara yang tular di media sosial, sejak petang semalam.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang, penunggang motosikal yang melalui kawasan itu dikatakan membunyikan hon apabila pemandu teksi terbabit memotong laluan secara melulu tanpa memberi isyarat.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Setibanya di persimpangan lampu isyarat, kata beliau, lelaki berusia 46 tahun itu menegur pemandu teksi terbabit yang didakwa memandu dalam keadaan berbahaya. Jelasnya, pergaduhan yang pada awalnya bermula dengan pertengkaran mulut berakhir dengan insiden memukul.

Sambil mengetuk cermin kereta, penunggang motosikal itu dipercayai meminta pemandu teksi supaya berhenti dan menyelesaikan isu tersebut. Mungkin berang dengan ‘ajakan’ penunggang motosikal itu, lelaki warga emas itu mengeluarkan sebatang besi dipercayai pengunci stereng lalu menyerangnya.

Nik Ezanee turut mengesahkan, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak. Dalam laporan yang dibuat oleh pemandu teksi itu, lelaki itu mendakwa penunggang motosikal itu mengugutnya dengan menggunakan topi keledar sebelum merampas pengunci stereng dan bertindak memukulnya.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Ekoran itu kata beliau, polis menahan kedua-dua suspek di Mutiara Damansara, kira-kira pukul 4.25 pagi tadi. Semakan juga katanya, mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod lampau. Katanya, permohonan perintah reman di Mahkamah Petaling Jaya hari ini ke atas pemandu teksi bagaimanapun ditolak atas faktor usia.

Tambahnya, atas faktor keadilan, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan. Beliau memaklumkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecedaeraan. Jika disabit dengan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada masa yang sama, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 160 kanun sama kerana melakukan gaduh gempar, yang boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya. Video berdurasi satu minit 36 saat tular di media sosial sejak petang semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply