ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jerebu – Karnival MYPerodua Nation ditangguhkan

Berita Tempatan

Views

Berikutan situasi jerebu yang semakin membimbangkan ketika ini, Perodua menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan mereka telah mengambil keputusan untuk menangguhkan karnival tahunan terbesar mereka, MYPerodua Nation ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Karnival ini sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini, dari 20hb-22hb September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan sekitar telah dilaporkan sangat tidak sihat dengan catatan bacaan melebihi 200.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Oleh yang demikian, Perodua tidak akan sama sekali mendedahkan para pelanggan, pelawat dan kakitangan mereka kepada sebarang risiko kesihatan. Tambahnya, Perodua dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas segala kesulitan berikutan penangguhan MYPerodua Nation ini. Mereka kini sedang mengkaji semua alternatif dan akan mengumumkan perkembangan mengenai acara ini dalam masa yang terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply