ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Kompilasi siri intipan Proton X50 terkini

Foto Intipan

Views

Buat pertama kalinya kami menghimpunkan koleksi siri foto dan video intipan Proton X50 terbaharu di seluruh Malaysia bagi menghargai para pembaca yang sudi mengongsikannya kepada kami. Sungguhpun keadaan cuaca masih ‘berjerebu’ namun ia tidak menghalang lensa kamera telefon pintar mereka untuk merakam kelibat unit ujian berceloreng ini.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tidak kira di dalam kawasan pekan kecil, jalan kampung, jalan persekutuan hatta di atas jambatan Pulau Pinang pun, kelibat ‘kuda belang’ pemanduan sebelah kanan (RHD) ini berjaya dikesan dan sempat dirakam. Jika anda perasan, boleh dikatakan hampir setiap foto intipan yang dirakam oleh beberapa individu berbeza ini menggunakan plat perdangangan yang berlainan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Mungkin setiap unit ujian mempunyai tujuan tertentu, sama ada menguji ketahanan enjin serta transmisi, sistem elektronik dalam kenderaan, pemanduan dan pengendalian serta juga ‘ujian penanda aras’ kerana salah satu di antara unit ini sentiasa diekori oleh sebuah Honda HR-V.

Kami ucapkan terima kasih kepada Noor Azeb Mohd Noor, Ahmad Mursyid Azhar, Ghulam Zaki, Kayroll Niezam, Penang Happenings dan seorang lagi individu yang tidak dapat dikenalpasti (pemilik imej yang dipaparkan sebagai penghias artikel) kerana sudi kongsikan penemuan berharga anda ini kepada semua.

Anda semua memang sempoi! Sebenarnya bukan senang nak terserempak dengan unit ujian macam ni, kalau terjumpa memang anda sangat bernasib baik, betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply