ARKIB

KATEGORI

Tular

Berlagak ‘samseng jalanan’ sambil tunjuk kad kuasa, pemandu Honda City rupanya polis bantuan jer…

Tular

Views

Identiti lelaki berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa dalam satu video tular disahkan sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi satu minit 20 saat yang dimuat naik di Facebook itu memaparkan perselisihan faham antara dua pemandu kereta di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Hasil semakan, pada 30 April, satu laporan polis diterima oleh anggota Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Menurut mangsa, kejadian berlaku membabitkan sebuah Honda City yang dipandu secara berbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya.

Menurutnya, suspek tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan berhubung video tular berkenaan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Katanya, suspek mendakwa mangsa mengganggu laluannya tanpa memberi isyarat sebelum mengubah arah. Oleh sebab itu, suspek bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya mangsa berhenti.

Semakan mendapati suspek adalah seorang anggota polis bantuan sebuah bank. Ashari berkata, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan akan merujuk kepada agensi polis bantuan berkenaan bertugas untuk tindakan lanjut.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply