ARKIB

KATEGORI

Buletin

Miros akan bertemu Perodua dan jalankan penilaian ke atas model Axia baharu

Berita Tempatan

Views

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan bertemu dengan Perodua dan menjalankan penilaian ke atas model Axia baharu, kata pengerusi Miros Wong Shaw Voon.

Ini berikutan pendedahan baru-baru ini oleh Toyota Motor Corp dan anak syarikatnya Daihatsu bahawa Daihatsu dikatakan tidak mematuhi sebahagian ujian keselamatan perlanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk kira-kira 88,000 kereta kompak, termasuk kira-kira 11,800 unit Perodua Axia yang dijual di Malaysia.

Wong memberitahu Malaysiakini bahawa institut itu mahu meneliti dakwaan Perodua bahawa kereta Axia baharunya selamat untuk dipandu dan tidak terjejas oleh isu itu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ujar beliau, Miros akan berjumpa Perodua dan menilai dengan sewajarnya. Menerusi pesanan teks, pihaknya juga akan meneliti apa yang mereka dakwa.

Miros merupakan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditugaskan untuk menjalankan kajian mengenai hal keselamatan jalan raya termasuk menilai aspek keselamatan kenderaan penumpang.

Dua hari lalu, Reuters melaporkan Toyota Motor dan Daihatsu telah mengakui kemasan pintu pada kenderaan yang terjejas telah diubah suai dengan “takuk” (notch) untuk meminimumkan risiko dalam ujian disebabkan bahagian dalam pintu boleh pecah dengan bucu tajam dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Syarikat-syarikat itu dilaporkan berkata bahawa pengubahsuaian untuk ujian bukan sebahagian daripada kenderaan pengeluaran.

Daripada 88,000 lebih kenderaan itu, kira-kira 11,800 kenderaan terjejas adalah Axia yang dikeluarkan oleh Daihatsu di kilang usaha sama yang dikendalikannya dengan pembuat kereta Malaysia Perodua. Kereta tersebut dijual di Malaysia.

Bagaimanapun, Perodua dilaporkan berkata Axia baharu itu selamat untuk pemanduan. Menurut Bernama, Perodua berkata ia tidak akan memanggil balik atau menggantung penghantaran model itu kepada pelanggannya meskipun terdapat “ketidakaturan prosedur” baru-baru ini yang diketengahkan oleh Daihatsu.

Ia memetik presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, yang berkata syarikat itu telah menghubungi Daihatsu untuk melakukan ujian keselamatan bagi Perodua Axia baharu di Jepun, yang disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi berkaitan untuk penilaian mereka. – Malaysiakini

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply