ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bermaz Auto catat untung lebih besar RM100.22 juta

Berita Tempatan

Views

Bermaz Auto Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM100.22 juta bagi suku pertama berakhir 31 Julai 2023 daripada RM50.16 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

Hasil turut meningkat sebanyak 51.9 peratus kepada RM1.09 bilion daripada RM716.87 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Bermaz Auto berkata hasil yang lebih tinggi itu disebabkan terutamanya oleh operasi domestik Mazda, khususnya model CX-30 pemasangan tempatan (CKD), yang diperkenalkan ke pasaran domestik pada Mac 2023, dan memenuhi pesanan tertunggak yang berterusan bagi model Mazda 3.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia berkata, sejajar dengan peningkatan dalam hasil, keuntungan syarikat juga bertambah baik untuk suku pertama tahun kewangan 2024, terutamanya daripada jumlah jualan yang lebih tinggi untuk operasi domestik Mazda dan sumbangan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutunya, Mazda Malaysia Sdn Bhd.

Bermaz Auto berkata, lembaga pengarah telah meluluskan dan mengisytiharkan dividen interim pertama satu peringkat sebanyak lima sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2024 berbanding dividen satu peringkat tiga sen sesaham pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Ia berkata tarikh kelayakan telah ditetapkan pada 20 Oktober 2023 dan perlu dibayar pada 3 November 2023.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pada masa depan, Bermaz Auto berkata sektor automotif terus mencatatkan pertumbuhan walaupun pada kadar yang lebih perlahan berikutan tamatnya tempoh insentif pengecualian cukai jualan pada suku terakhir tahun kewangan sebelumnya dan disokong oleh penambahbaikan dalam rantaian bekalan dan penghantaran kenderaan.

Ia berkata faktor-faktor seperti tekanan inflasi, ketidaktentuan dalam konflik geopolitik dan pertumbuhan global yang lebih lemah akan terus memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan.

Oleh itu, pelancaran model sama ada yang dinaik taraf atau baharu bagi jenama di bawah syarikat iaitu Mazda, Peugeot dan Kia, sangat bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi ketika itu.

Jika tidak mengalami sebarang keadaan yang diluar jangka, lembaga pengarah menjangkakan prestasi syarikat akan kekal positif bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2024. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply