ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Motorrad Malaysia lancar 3 model baharu – BMW S 1000 RR, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan demam MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), BMW Motorrad Malaysia mengambil peluang tersebut dengan memperkenalkan 3 model jentera dua roda terbaharu mereka semalam. Antara model yang dilancarkan adalah dari segmen superbike’ dan ‘roadster’, iaitu BMW S 1000 RR, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, setakat ini lebih daripada 800 unit motosikal BMW Motorrad yang berjaya diserahkan di seluruh negara dan Sport serta Roadster terbaharu ini sedia untuk ditunggang oleh bakal pemiliknya.

Ketua BMW Motorrad Malaysia Owen Riley pula berkata, tiga model baharu ini dijangkan menawarkan pakej kelajuan, ketangkasan dan prestasi. Dalam segmen Roadster, ia telah terbukti dengan daya tahan yang tinggi sama seperti motosikal Superbike dalam segmen Sport yang memfokuskan kelajuan serta kelincahan. Ini telah berjaya membuatkannya muncul sebagai pemenang dalam saingan Alpe Adria International Motorcycle Championship yang berlangsung pada September tahun ini.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

BMW S 1000 RR

  • Model generasi ketiga ini didatangkan dengan susun atur baharu pada rangka utamanya “Flex Frame”.
  • Tangki bahan api yang tampak lebih langsing serta seksyen trim ruang tempat duduk yang lebih selesa.
  • Lampu hadapan menampilkan teknologi LED tanpa reflektor, yang menggabungkan cahaya rendah dan tinggi dalam satu elemen yang kompak.
  • Ditawarkan dengan pakej M Sport yang merangkumi tempat duduk M Sport yang eksklusif, lampu brek yang mengikuti spesifikasi negara, dan set roda gentian karbon “M”.
  • Dikuasakan oleh enjin sebaris 4 silinder dengan kapasiti 999 cc yang mampu menjana output maksimum 207 kuasa kuda pada 13,500 rpm, dengan kelajuan tertinggi melebihi 200 km/j.
  • Daya kilas lebih tinggi, 113 Nm pada paras 11,000 rpm.
  • Penggunaan bahan api sebanyak 6.4 liter untuk setiap 100 km.
  • Dilengkapi dengan bateri ringan “M” bebas penyenggaraan dengan saiz kuasa berjumlah 12 V / 8 Ah.
  • Didatangkan dengan Teknologi BMW ShiftCam yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk. 
  • Dilengkapi dengan sistem suspensi elektronik Dynamic Damping Control (DDC).
  • Empat mod tunggangan ditawarkan sebagai ciri standard – “Rain”, “Road”, “Dynamic” dan “Race” dengan tambahan “Mod Pro Modes” yang menawarkan tiga lagi mod tunggangan – “Pro 1”, “Pro 2” dan “Pro 3”.
  • Panel instrumen menampilkan skrin TFT 6.5 inci yang dihubungkan dengan “Multi Controller” pada panel bar pemegang sebelah kiri.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS

  • Dikuasakan oleh enjin ‘boxer’  berkapasiti 1,254 cc yang mampu menjana output 136 kuasa kuda pada 7,750 rpm, serta tork puncak 143 Nm pada 6,250 rpm.
  • Tahap penggunaan bahan api sebanyak 4.75 liter bagi setiap 100 km.
  • Dilengkapi dengan Teknologi BMW ShiftCam yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.
  • BMW R 1250 R menampilkan reka bentuk Style HP yang didatangkan dengan kombinasi warna Lightwhite, Racing Blue dan Racing Red.
  • BMW R 1250 RS terbaharu pula hadir dengan “Style Exclusive” yang menampilkan kemasan yang elegan warna “Imperial Blue” pada bahagian badannya.
  • Kedua-dua model ini dilengkapi dengan lampu tunggangan LED sebagai ciri standard.
  • Dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Automatik dan Bantuan Mendaki sebagai ciri standard.
  • Ditawarkan dengan “Riding Modes Pro” dengan menampilkan mod tunggangan tambahan, “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, serta Kawalan Cengkaman Dinamik.
  • Dilengkapi dengan sebuah kluster instrumen multifungsi dengan skrin TFT 6.5 inci berwarna sepenuhnya.
  • Turut dilengkapi dengan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci.

BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pemilikan BMW S 1000 R bermula dari RM1,690.00 sebulan, BMW R 1250 R bermula dari RM 1,250.00 sebulan, dan BMW R 1250 RS bermula dari RM 1,300.00 sebulan. Ia adalah berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun.

Para pemilik juga boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan dengan rangkaian servis baharu yang terkemuka seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti yang ditawarkan oleh BMW Motorrad Malaysia.

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, dengan waranti selama 3 tahun serta Program Bantuan Pinggir Jalan selama 3 tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) ialah:

  • BMW S 1000 RR : RM138,500.00
  • BMW R 1250 R : RM102,500.00
  • BMW R 1250 RS : RM106,500.00

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply