ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual hampir 80 ribu unit kenderaan setakat ini

Berita Tempatan

Views

Proton meneruskan momentum lonjakan jualan dan pada bulan Oktober mereka telah mencatatkan jualan sebanyak 9,503 unit. Bagi 10 bulan pertama tahun ini jumlah jualan terkumpul adalah sebanyak 79,833 unit (domestik + eksport) dengan kadar pertumbuhan sebanyak 46 peratus.

Ia merupakan pencapaian cemerlang meskipun umlah keseluruhan industri (TIV) menurun sebanyak 1.3 peratus. Dari segi pasaran, Proton berjaya menguasai sebanyak 16 peratus dan ia memperlihatkan kenaikan positif sebanyak 5.2 peratus berbanding tahun lepas. Selain itu, Proton juga mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dalam carta jualan keseluruhan dan yakin dapat mengekalkan kedudukan tersebut sehingga akhir tahun ini.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Model SUV pertama Proton, X70 masih kekal sebagai SUV premium dan eksekutif terlaris dalam tempoh 10 bulan berturut-turut, sekaligus mengekalkan kedudukan jualannya yang teratasnya dalam segmen tersebut. Setakat ini, lebih 24,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan, menjadikannya sebagai SUV segmen-C terlaris di pasaran.

Model sedan mampu milik Saga pula mencatatkan jualan tertinggi dalam tempoh 51 bulan sejak dilancarkan pada 6 Ogos 2019. Lebih 28,000 tempahan telah diterima setakat ini dan pada bulan Oktober, ia mencatatkan jualan tertinggi dalam tempoh empat tahun. Sebanyak 4,273 unit dijual pada bulan lepas dan jumlah jualan terkumpul adalah sebanyak 30,331 unit, naik 26 peratus  dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Model Exora, Iriz dan Persona yang turut mencatatkan peningkatan jualan dan secara keseluruhan setakat ini, jualan bagi ketiga-tiga model itu beserta Saga telah meningkat sebanyak 21 peratus. Model- model tersebut juga telah menyumbang 78 peratus daripada jumlah jualan Proton pada bulan Oktober dan bagi jumlah keseluruhan pula adalah sebanyak 68 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, segala kerja keras mereka selama ini telah membuahkan hasil dan yakin dapat menjual 100,000 unit kereta pada tahun ini. Proton kini mempunyai 108 pusat 3S/4S dengan empat buah cawangan baharu dibuka pada bulan lepas. Tambah Dr Li Chunrong, Proton akan terus meningkatkan tahap khidmat pelanggan kerana ia merupakan antara kunci utama untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dalam tempoh jangka masa panjang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply