ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Motorrad Malaysia lancar program servis dan lanjutan waranti

Berita Tempatan

Views

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan tiga program penjagaan selepas jualan – Program Inklusif Minyak Enjin, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti buat para pemilik baharu dan sedia ada motosikal premiumnya di Malaysia.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, pengalaman pemilikan yang sempurna merupakan kunci kepada ekspresi premium yang ingin dizahirkan oleh kenderaan keluaran BMW Group. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia pula berkata, program-program baharu ini merupakan yang pertama dalam industri motosikal premium di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad
Program ini merupakan yang pertama dari BMW Motorrad Malaysia menawarkan dua pilihan program yang meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM). Ia menawarkan servis minyak enjin yang lazim, ia merangkumi penggantian minyak tulen BMW ADVANTEC serta penapis untuk motosikal BMW baharu dan yang berusia bawah 10 tahun sejak pendaftaran pertama dibuat. Rekod penyenggaraan motosikal harus berpandukan selang servis yang disyorkan serta perlu dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah.

Inklusif Servis BMW Motorrad
Program ini menawarkan servis tambahan yang merangkumi Pemeriksaan Injap, Pemeriksaan Minyak Fork, Penukaran Minyak Transmisi, Penggantian Palam Pencucuh, Penukaran Bendalir Brek, Penukaran Penapis Udara, Penggantian Tali Sawat CVT, Penukaran Penapis Bahan Api dan Penukaran Minyak Gandar Belakang.

Tawaran program ini juga meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM), dan ia tersedia untuk motosikal BMW berusia bawah 10 tahun dari tarikh pendaftaran pertamanya. Rekod penyenggaraan terdahulu bagi motosikal ini juga harus mematuhi selang servis yang disyorkan dan dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Lanjutan Waranti BMW Motorrad
Program ini pula menawarkan liputan tambahan ke atas tempoh waranti asal yang diberikan oleh pengeluar kenderaan, ia merangkumi kerja pembaikan menggunakan alat ganti tulen BMW. Ia boleh dibeli sebagai pakej tambahan selama satu atau dua tahun menjangkaui tempoh waranti asal, yang ditingkatkan kepada tempoh standard berdurasi tiga tahun bagi motosikal BMW yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019.

Motosikal baharu dan yang berdaftar melebihi 90 hari dari tarikh pendaftaran pertamanya, layak untuk menyertainya, namun ia tidak merangkumi program Bantuan Pinggir Jalan (Roadside Assistance) yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Harga runcit yang disyorkan untuk Program Servis dan Lanjutan Waranti ini adalah seperti yang berikut:

Kesemua program ini juga layak untuk mendapat pembiayaan penuh daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Untuk maklumat lanjut layari https://www.bmwmotorrad.com.my/en/service/services/warranty.html.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply