ARKIB

KATEGORI

Buletin

Widad Business Group tawar RM3 bilion ambil alih konsesi PLUS – Tawar diskaun tol sehingga 40 peratus

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, konglomerat pembinaan dan pengurusan kemudahan bersepadu Widad Business Group (WBG) telah membuat tawaran untuk menguasai pegangan 51 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam konsesi PLUS Expressway Bhd (PLUS).

Ia membabitkan pertimbangan tunai RM1.5 bilion atau menguasai 100 peratus pegangan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pertimbangan tunai RM3 bilion. Dalam satu kenyataan WBG berkata, cadangan pengambilalihan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 9 Oktober 2019.

Lebuh raya yang tersenarai dalam konsesi PLUS ialah:

  • Lebuhraya Utara Selatan
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

WBG membuat dua pilihan tawaran iaitu mengambil alih 51 peratus kepentingan Khazanah pada pertimbangan tunai RM1.5 bilion dengan baki kepentingan masih dipegang oleh KWSP. Kedua ialah cadangan mengambil alih 100 peratus ke atas kepentingan Khazanah dan KWSP pada pertimbangan tunai RM3 bilion.

Kedua-dua tawaran itu termasuk melupuskan pampasan dari pihak kerajaan berjumlah RM2.7 bilion hasil daripada pemansuhan kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Bukit Kayu Hitam. Tawaran itu sudah mengambil kira tambahan lanjutan konsesi untuk tempoh 20 tahun daripada tarikh tamat konsesi sedia ada.

Menurut WBG, pilihan pertama dilihat lebih berdaya maju kerana menjuruskan kepada kerjasama awam swasta sekali gus memupuk budaya keusahawanan dalam pengurusan PLUS. Mereka juga telah mengenal pasti rakan strategik global/pelabur untuk menyediakan dana bagi tujuan pengambillaihan itu, selain daripada dana dalaman syarikat dan cadangan untuk meraih dana menerusi sukuk MTN dan terbitan ekuiti.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, berkata jika syarikatnya berjaya mengambilalih konsesi itu, mereka akan mengurangkan kadar tol sebanyak 25 hingga 40 peratus berbanding kadar sedia ada.

Katanya, pengurangan kadar tol ini sejajar hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan kepada pengguna lebuh raya terbabit sekali gus memenuhi manifesto kerajaan dan memenuhi kehendak dasar kerajaan semasa. Selain itu, WBG berhasrat mengecualikan kerajaan daripada membayar pampasan sebanyak RM338.5 juta kepada PLUS yang tertunggak pada 31 Disember 2018.

Tambah beliau, WBG turut mencadangkan untuk memberi diskaun 50 peratus pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali sepanjang tempoh yang difikirkan sesuai. Katanya lagi, mereka akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada, melaksanakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kelancaran dan pengurusan trafik selain memberi jaminan tiada sebarang pemberhentian pekerja dibuat dalam tempoh lima tahun selepas pengambilalihan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Star.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply