ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga unit Ford Ranger Raptor lesap dilarikan penyamun berparang

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, tiga buah pacuan empat roda lesap dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki, awal pagi semalam. Kejadian berlaku di sebuah pusat pameran kenderaan di Sungai Jelok, Kajang dan suspek yang terdiri daripada lima lelaki telah memecah masuk ke premis berkenaan kira-kira 4 pagi sebelum membawa lari tiga unit kenderaan jenis Ford Ranger Raptor.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, saksi kejadian seorang lelaki warga Pakistan, 47, yang merupakan pengawal keselamatan premis berkenaan berkata, suspek menceroboh premis tersebut dengan bersenjatakan parang.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Katanya, suspek juga bertindak mengikat pengawal keselamatan itu sebelum melarikan kenderaan tersebut. Nilai kerugian dianggarkan sekitar RM600,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Beliau berkata polis kini giat mengesan kesemua suspek terbabit dan meminta orang ramai tampil ke balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut. Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizah Abdul Latiff di talian 016-6060955.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply