ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW umum penarikan balik Toyota Supra baharu – Kimpalan tidak betul, pemilik mungkin dapat kereta baharu

Berita Global

Views

Berita ini mungkin akan membuatkan pemilik dan bakal pemilik model Toyota Supra baharu merasa susah hati. Satu pengumuman penarikan balik model ini telah diumumkan dan agak mengejutkan kerana ia bukan masalah kecil yang hanya memerlukan pembaikan, tetapi kereta tersebut perlu digantikan dengan unit yang baharu.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Pengumuman tersebut bukan dibuat oleh Toyota sendiri, tetapi BMW yang mengeluarkan kenderaan tersebut di Austria. Ini sekaligus memaksa mereka bertanggungjawab atas sebarang kecacatan yang berlaku. Awal September lalu, satu dokumen telah diterbitkan oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) menunjukkan sejumlah tujuh buah Toyota Supra mempunyai gelung tali pinggang keledar yang mungkin dikimpal secara tidak betul.

Ini bermakna, sekiranya berlaku perlanggaran, kimpalan yang cacat itu boleh mengakibatkan tali pinggang keledar tidak berfungsi sepenuhnya dan menahan pemandu dengan betul. Menurut NHTSA, sementara BMW mengeluarkan arahan penarikan balik, Toyota akan menghubungi pemilik kenderaan yang terjejas menerusi panggilan telefon dan jika tidak dapat dihubungi, notis akan dihantar kepada mereka menerusi pos.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Pemilik yang terjejas dikehendaki membawa kenderaan mereka ke pengedar Toyota untuk pemeriksaan dan jika kereta itu didapati mempunyai kimpalan yang cacat pada gelung tali pinggang keledar, ia akan digantikan. Besar kemungkinan kereta mereka akan diganti dengan Supra baharu dari cawangan pengedar atau perlu menunggu kereta baharu dari di Austria yang akan dihantar kepada mereka.

Walau apapun yang terjadi, berita ini sememangnya tidak mahu didengari oleh pemilik Supra yang terjejas. Namun hikmah di sebalik kejadian ini adalah, Toyota atau BMW telah mengakui kekhilafan mereka dan akan menggantikan kereta mereka dengan unit yang baharu. Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh Toyota Malaysia berkenaan isu tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply