ARKIB

KATEGORI

Buletin

Firma Hong Kong minat beli saham PLUS Malaysia – Buat tawaran tunai RM3 bilion

Berita Tempatan

Views

Portal The Edge melaporkan, sebuah firma ekuiti persendirian diterajui rakyat Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, RRJ Capital telah membuat tawaran tunai bernilai RM3 bilion untuk membida 100 peratus kepentingan PLUS Malaysia Bhd.

Syarikat itu diterajui oleh dua adik-beradik dari Malaysia, Richard dan Charles Ong telah mengemukakan  tawaran tersebut kepada Khazanah Nasional Berhad dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian minggu lalu. Jika bidaan ini berjaya, syarikat tersebut bakal menurunkan kadar tol sebanyak 20 peratus.

PLUS Malaysia dimiliki oleh UEM Group (subsidiari dari Khazhanah) dengan pegangan saham 51 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki baki saham sebanyak 49 peratus. Ketika ini PLUS Malaysia menanggung bebanan hutang sebanyak RM30 bilion.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

RRJ Capital telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan memiliki aset bernilai US$15 billion di bawah pengurusannya. Dalam satu wawancara bersama The Edge pada bulan April lalu, Richard yang juga memiliki 5 peratus kepentingan peribadi dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, syarikatnya turut mengalu-alukan mana-mana dana pencen Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada konsortium mereka. RRJ juga telah memperuntukkan kira-kira RM5 bilion untuk melabur di Malaysia tahun ini.

Antara intipati yang terkandung di dalam dokumen bidaan itu ialah:

  • Lanjutan konsesi selama 20 tahun.
  • Tiada kenaikan tol sepanjang tempoh konsesi.
  • Komitmen pampasan yang sedia ada oleh kerajaan kepada PLUS kerana penangguhan kenaikan tol akan terhenti. Ini bermakna, kerajaan tidak perlu lagi membayar RM2.7 bilion dari tahun 2020 hingga 2025 mengikut perjanjian semasa dengan PLUS.
  • Kerajaan akan terus menjamin beberapa hutang PLUS.
  • RRJ, melalui PLUS, akan bertanggungjawab ke atas operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sepanjang 957km dalam portfolio PLUS.

RRJ juga merancang untuk menggunakan khidmat perunding trafik dan kejuruteraan dari Massachusetts Institute of Technology dan University of California di Berkeley untuk mengkaji keseluruhan operasi PLUS. Mereka bakal memperkenalkan teknologi dan sistem terkini, yang kini digunakan di Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat, sebagai contoh sistem kutipan tol elektronik – seperti EZPASS di Amerika Syarikat,

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Selain itu, mereka akan mengkaji sistem lalu lintas secara langsung menggunakan data besar dan kecerdasan buatan (AI), mengenakan kadar tol berdasarkan masa puncak dan masa bukan puncak, mewujudkan laluan laju untuk kenderaan dengan lebih dari dua atau tiga penumpang dan sistem harga dwi elektronik, kadar tol yang lebih tinggi untuk kereta mewah seperti Mercedes-Benz dan BMW dan lebih rendah untuk kereta bukan mewah.

Pada 20 September lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah akan menjual aset yang “tidak diperlukan” bagi membayar hutang negara. Semasa sesi dialog bersama pengurus dana di ibu pejabat JP Morgan di New York, Khamis lalu, Tun Dr Mahathir berkata akan ada beberapa kawalan ke atas industri tertentu, dan mereka sentiasa percaya bahawa kerajaan tidak sepatutnya menjalankan perniagaan kerana tidak begitu arif dalam bidang tersebut.

Sebelum ini, Maju Holdings Sdn Bhd menjadi syarikat yang terawal mengemukakan tawaran untuk membeli kepentingan PLUS Malaysia Bhd. Menurusi laporan The Edge Julai lalu, ada empat senario dalam tawaran Maju Holdings.

Antaranya penurunan kadar tol sebanyak 25 peratus bersama lanjutan konsesi selama 10-tahun, penurunan 30 peratus kadar tol denga lanjutan konsesi selama 15-tahun, penurunan 33 peratus kadar tol sekiranya konsesi dilanjutkan selama 20 tahun dan penurunan 36 peratus kadar tol dengan lanjutan konsesi selama 30-tahun sehingga 2068.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply